Thursday, 20 November 2014

Cita Dan Angan


Apa yang saya mahukan ialah adanya sukan bola sepak yang secara konsisten. Bukan untuk saya main tapi sekadar lihat, sorak dan sokong. Sejak beberapa tahun ini, pertandingan bola sepak di daerah Raub hilang dari mata dunia apatah lagi dijadikan bualan mulut-mulut peminat bola sepak setempat. Tetapi limpahan pasukan futsal telah menyebabkan sukan futsal menjadi sukan nombor 1 di daerah ini(dilihat dari kiraan kasar sahaja). Pelbagai pertandingan diadakan. Ada yang hadiahnya lumayan seperti jumlah wang ringgit yang mencecah ribuan ringgit berserta trofi dan ada juga yang hanya sekadar Rm100-300 sebagai habuan utamanya. Tetapi itu tidak mengapa kerana ianya sedikit sebanyak menaikkan semangat anak-anak muda dan juga pakcik-pakcik tua yang siangnya sekadar pergi ke pejabat, "punch card" tepat pada waktunya dan keluar minum ke kedai kopi depan pejabat Risda hanya selepas 8 minit duduk di atas kerusi di meja kerjanya, dan di malamnya pula pergi ke gerai Zul Hensem dan minum teh tarik kurang manis segelas dua. Tidak ketinggalan juga adik-adik yang masih di bangku sekolah namun punyai bakat besar dalam sukan futsal ni turut serta menyertai sekaligus mengembangkan jangka usia dari murid sekolah ke penjawat awam yang berumur 35 tahun ke atas.

           
     Kemana hilangnya liga bola sepak yang dulunya menyinari dan memenuhi waktu-waktu petang rakyat Raub? Sebelum ini pernah saya katakan perihal ini tapi sekadar pandangan serong saya sendiri. Ada yang benar ada yang tidak. Bukan ingin menuduh dan memburukkan mana-mana individu ataupun persatuan yang terlibat untuk menjayakan pertandingan yang dikira berprestij di mata penduduk setempat. Mungkin disebabkan jumlah penyertaan yang mengurang, ataupun ketandusan wang ringgit untuk melaksanakan dengan jayanya. Yang saya pasti, darah yang mengalir di dalam setiap pemain bola sepak di daerah ini samada diakui ataupun tidak berkobar-kobar untuk bermain di pertandingan seperti sebelum-sebelum ini. Walaupun hanya dipandu dengan rasa ingin menang dan mahukan hadiah yang diberi, namun disebalik itu, ianya juga mampu menunjukkan bahawa terdapat ramai manusia di daerah Raub ini yang pandai bermain bola sepak dan sekaligus membuka mata bukan dunia tetapi cukuplah penduduk setempat bahawa pertandingan sebegini harusnya diadakan sejak 10 tahun yang lalu lagi.


   Seperti kita(penduduk Raub) tahu, bertahun-tahun pasukan Brother Joe FC mengungguli pertandingan tersebut. Liga Emas Raub nama diberi. Walaupun perndah kecundang sekali dua namun rekod mereka boleh dikatakan masih lagi kilat bersinar.Pemain yang dimiliki kelab itu boleh dikatakan lengkap dan handal. Tidak ketinggalan juga pasukan dari Jelu yang boleh dikira sebagai pesaing dekat Brother Joe FC. Pernah berlaku satu insiden dimana pergaduhan tercetus antara dua kelab ini, tetapi bukan keburukkan yang saya ingin kongsikan. Cukuplah sekadar dijadikan pengajaran. Sukan bola sepak adalah hiburan untuk penonton, pentas untuk menunjukkan masing-masing dan pasukan, gelanggang untuk berlawan secara bersih dan juga penaik semangat peminat terhadap "the beautiful game".


Liga Emas Raub yang sebelum ini melengkapi petang-petang kita dengan aksi bola sepak yang bersih dan teratur dan juga kadang kala ganas seperti mereka-meraka yang bermain di Liga Perdana Inggeris yang nun jauh beribu batu di sana. Namun begitu ianya seperti dibuat dengan acuh tak acuh. Liga itu juga seperti hidup segan mati tak mahu. Orang kata, tak "proper". Tapi semua itu boleh diperbaiki namun saban tahun pertandingan itu berlangsung seperti tiada perubahan yang terjadi. Tapi siapa lah saya hendak pertikai mereka. Saya hanya anak muda yang hanya pandai berbual.

           
Saya punyai impian untuk lihat semula naikknya sukan ini di daerah Raub. Liga yang kompetitif dan bersih. Biarpun dilabel sebagai amatur tetapi cukuplah untuk kita tonton dengan mata kita sendiri. Malam nak lepak pulak. Jadi sini saya ceritakan cita-cita dan impian saya.


            Adanya liga utama yang mengandungi 8 pasukan(paling kurang) dan 12 maksimanya. Setiap pasukan akan bermain 14 perlawanan termasuk timbal balik(lihat pada jumlah pasukan, jika lebih 12, tidak perlu ada timbal balik). Setiap pasukan harus mengumpul paling kurang 16 pemain(11 dalam padang, 5 di bangku simpanan) dalam pasukan meraka. Perlawanan liga akan diadakan 2 kali seminggu. Ini kerana kekurangan jumlah padang di daerah Raub. Jika jumlah pasukan yang banyak, perlawanan liga akan diadakan 3-4 kali seminggu. Cukup masa untuk pemain berlatih dan jurulatih mengatur taktikal. Setiap pasukan akan diberi peruntukan wang sebanyak Rm5000(untuk 16 pemain, 4 staf pasukan) 2 bulan sebelum musim baru bermula. Wang itu diberi dan ikutlah pasukan itu nak urus wang itu macam mana sekali pun. Namun jumlah peruntukkan wang ini bukanlah tetap pada RM5000. Jika jumlah ahli pasukan itu lebih, maka jumlahnya lebih. Dikira kasar, seorang akan menerima sebanyak RM250. Gaji dan bonus diurus sendiri oleh kelab itu. Pembelian pemain dibenarkan dan hanya 4 orang pemain dari daerah/negeri lain sahaja dibenarkan untuk setiap kelab. Ini kerana ingin membolehkan ramai lagi penduduk setempat yang boleh menyertai mana-mana kelab bagi menunjukkan bakat mereka. Undang-undang dan kiraan mata mengikut FIFA. Ini kera untuk menerap sikap "professional" di dalam setiap pemain dan staf.


            Sejurus selepas tamatnya liga utama ini, akan berlangsungnya saingan untuk merebut piala pusingan. Konsep pertandingan piala pusingan ini diambil terus dari Piala FA England. Pertandingan kalah mati. setiap pasukan akan diundi dan jika jumlah pasukan adalah ganjil, satu pasukan akan mendapat "bye". Pemenang piala pusingan ini akan dapat membawa pulang piala pusingan dan juga bonus dalam bentuk wang ringgit. Dengan adanya saingan piala pusingan yang berlangsung setelah tamatnya liga utama ini dapat memberikan aksi bola sepak yang terus menerus. Peminat bola sepak tidak perlu menunggu lama untuk aksi seterusnya.


            3 tahun selepas berlangsungnya liga ini, jika berjaya dan dapat dijalankan dengan lancar, pasukan dari daerah lain dalam negeri Pahang akan dijemput untuk bermain di liga ini. Menjadikan jumlah pasukan akan bertambah. Ini bukan sahaja membuatkan liga ini semakin kompetitif malah menaikkan nama sukan bola sepak di Raub dan juga negeri Pahang ini sendiri. Banyak bakat muda dapat dicungkil dan dibawa ke pentas yang lebih tinggi. Ambil contoh anak muda Sungai Lui 2, Syahmim Yahya yang kini bermain sebaris dengan Indraputra dan Shukor Adan dan pernah merasa siangan akhir Piala FA. Beliau boleh dijadikan sumber inspirasi anak-anak muda yang punyai cita-cita yang besar dan tinggi.


            5 tahun selepasnya, penaja-penaja mula dibawa masuk dan jumlah pasukan bertambah jumlahnya. Tanah-tanah kosong akan dibuka untuk dibuat padang bola sepak yang moden. Bangunan pejabat persatuan bola sepak daerah akan dibina supaya ianya lengkap untuk mereka yang bekerja. Ini kerana bukan sahaja mereka perlu mengurus liga ini, tetapi membuat program pembangunan bola sepak. Untuk mendapat hasil yang berkualiti, bola sepak harus didik sejak sekolah rendah lagi. Pelbagai program akan dilaksanakan. Tidak lupa juga menjaga pasukan belia, bawah-16, bawah-12 dan juga MSSD serta MSSP. Sekolah sukan tidak akan dibuka kerana sudah ada sekolah sukan di negeri Pahang ni. Jadi saya taknak kacau projek itu.


            Dengan harapana daerah lain akan berbuat begitu,liga-liga di seluruh negeri Pahang akan dihubungkan dengan adanya piala antara daerah. Seperti konsep Liga juara-Juara Eropah. 1 atau 2 pasukan dari setiap daerah akan bermain di satu pertandingan dimana mereka diundi. Di ambil bulat-bulat dari konsel Liga Juara-Juara Eropah(UCL) kecuali ianya terus ke pusingan kalah mati. Juara tidak akan diberi bintang pada logonya kerana ini bukan Piala Dunia dan ini bukannya negeri Johor. Lainlah ini negeri Johor. Kalau pasukan tu menang 10 kali, jenuh nak cari tempat nak letak bintang. Logo banyak bintang ni dah serupa logo Subaru.


            Semua perancangan angan-angan saya ini perlu diturut serta oleh pihak Majlis Daerah Raub, Persatuan bola sepak Raub dan juga Pahang dan juga pihak-pihak sekolah yang dimana padangnya disewa. Tidak lupa juga pihak polis dan hospital. Tapi sayangnya Raub tidak punyai hospital swasta dan kita tahu keupayaan hospital kerajaan macam mana. Telefon suruh ambulan datang, 30 minit lepas tu baru sampai. Padahal hospital kat Bukit Koman je. Orang dah hilang suku darah dari badan dia baru nak sampai. Bangang. Sebarang pertelingkahan harap dapat dikawal pihak urus setia dan pihak berkuasa.

           
            Ada yang kata saya gila, tak masuk akal dan mengarut. Ada yang kata pasukan bola sepak negara kita akan layak ke Piala Dunia tahun 2014. Ada orang kata dia gila? Tak gila cuma perancangannya saya tak betul cara. Bosnia Herzegovina, negara yang kucar kacir dilanda peperangan, dengan tenang menyelinap masuk ke piala dunia di Brazil baru-baru ini. Namun semua ini adalah angan-angan anak muda yang tidak punyai kebolehan untuk bermain bola sepak dengan sempurna. Hanya mampu berangan dan mengkritik. Tapi tidak pernah salah mengimpikan sesuata yang kita suka.



Demi sukan tercinta. Demi bola sepak.

Friday, 10 May 2013

Kenapa Menjadi Persoalan?

Assalamualaikum w.b.t


Selamat semua. Hari ni saya cukup makan. Sedap pula tu. Makan nasi putih dengan lauk telur dadar dengan sambal lada ikan bilis dibawa khas dari Perak. Duit pun takde, nak isi minyak pun kene esok lusa. Jadinya makan dirumah sahaja lah. Nasi kosong dengan garam pun boleh jadi. Janji isi lah perut ni. Bersyukur lah juga dapat makan walaupun tidak seberapa. Sehubungan dengan itu saya pun nak ucap lah rasa bersyukur kerana masih lagi ada di muka bumi ini. Alhamdulillah.

Bismillah.

Pernahkah anda terfikir, kenapa ada kenapa. Saya tak pernah pun fikir kenapa ada kenapa tu. Sebab kalau takde kenapa tu jadinya lain mcm. Cuba engkorang fikir kan. Tak ke pelik. Jadi, kita ni guna kenapa dalam setiap perbualan percakapan kita. Contohnya lah:

a) Kenapa nak kena pergi sana?
b) Kenapa harga minyak naik?
c) Kenapa awak pilih dia dari saya?
d) Kenapa pelik sangat perangai awak ni?
e) Dah kenapa awak ni pelik semacam?
f) Kenapanya dengan dia? Okayy je. Ha kenapa?
g) Hello, kau ada kat rumah? Ada, kenapa?

Jadinya kat sini, kenapa itu telah dianggap oleh umat manusia sebagai satu punca atau org kata sebagai penanda ataupun sebagai satu petunjuk untuk kita berfikir samada kita hadir dengan soalan ataupun jawapan pada seterusnya kalau anda faham apa yang saya maksudkan. Mungkin disebabkan ayat saya berbelit ataupun tahap sastera saya sudah mencecah tahap ekstrim. Kenapa saya menaip semua benda yang tidak berfaedah ini? Itupun sudah menjadi satu persoalan dan telah membuat anda semua berfikir. Saya hanya tiada apa yang hendak dilakukan. Dengan esoknya ada KI. Dengan sem lepas punya KI saya tak pergi jadi kene repeat sem ni. Malas sungguh. Ini lah UiTM. Benda macam ni ditekankan kehadiran. Bukan nak kutuk cara institusi ini tapi, kamon la. Jangan lepas ni ada budak yang jenis pendek akal ke jenis busuk hati ke jenis cium setiap jari lecturer ke staf uitm ke ada pergi report kat sana. Naik mahkamah dah jadi satu hal kene bayar itu ini. Kemahiran insaniah ni bagus tapi waktu diorang buat tau lewat sangat. ni dah minggu ke berapa dah ni. Kampus lain tak tahu la kan mana tahu ada yang buat awal. Jadi, kenapa mereka buat program yang diwajibkan hadir seperti ini. Ha! Kan anda semua dah fikir atau mungkin ada yang dah ready dengan jawapan. Saya menaip pada hari ini kerana saya bosan. Bosan dengan apa yang ada didalam kepala otakg yang asyik membelengu siang malam. Baru-baru ni saya terbaca di facebook, dipetik dari ayat seorang penceramah agama. Beliau berkata, "Jika seseorang hadir di dalam mimpi anda, tandanya dia rindukan anda". Dah lebih 3 hari awek lama aku datang dalam mimpi. Puaka betul. Datang banyak kali pulak tu. Sorry, guna aku ni stail sikit. Tadi lah yang paling hardcore. Aku tidur je, pap! Keluar muka. Terjaga. Tidur balik. Pap lagi sekali. Ah letih. Aih jadi kenapanya ni? Adakah benar apa yang diungkapkan oleh hamba Allah tersebut? Jikalau benar, aih biarkan lah. Apa aku peduli. Aku dah ada Duke. Dia yang tersayang buat masa sekarang. Cerita lama jangan ingat baliklah. Kenapa aku fikir balik hal lama? Kenapa? Semalam aku main laptop. Asyik bersin saja tanpa henti. Aik kenapa ni. Jadi aku pun cuba lah cuci kipas kecil kat tepi laptop aku ni. Ha kurang dah bersin. Jadi tadi aku lepak depan tv, hachum sana hachum sini. Aik kenapa lagi ni? Jadi aku pun bersihkan lah kipas ruang tamu ni. Haa kurang sikit dah. Alhamdulillah


Jadinya, kat dunia ni, setiap perkara ada kenapa ni. Jangan engkorang kenapakan kenapa tu. Sebab nak fikir kenapa kenapa tu, sampai ke sudah lah tak dapat nak solve. Jangan. Tapi kalau ada yang nak fikir, takpe lah. baguslah. Menjana minda. Cukuplah setakat ini. Kiranya blog ini lebih kurang je macam status facebook aku cuma dia panjang sikit je. Soalan asal dia tetap sama. What's on your mind?. Kbai

Thursday, 2 May 2013

Am G#m F Dm A7 Em

Assalamualaikum w.b.t.

Sekali lagi kita bertemu. Mungkin ada mungkin tiada langsung yang bertanya dalam hati, apa yang sedang saya lakukan sewaktu menaip semua ini. Jika anda hendak tahu, saya sedang mengulangkaji pelajaran untuk mata pelajaran Event Concept iaitu subjek untuk semestar kedua saya di UiTM ini. Saya tidak hadir pada waktu sepatutnya saya ambil kuiz ini, tapi atas rasa baik hati sang pengajar, beliau memberikan saya peluang untuk menjawabnya pada esok hari. Pada asalnya saya kena jawab padi hari Selasa baru ni tapi dengan powernya saya kabor saya pening kepala dek mandi hujan semasa otw balik dari Shah Alam. Akhirnya saya pening betul pada hari itu. Balasan Tuhan kerana menipu lecturer. Tidak mengapa lah. Bukan saya sorang je yang baru ni nak tipu lecturer. Belambak kawan saya tipu lecturer diorang. Biasa lah student. Sedangkan pelajar 4 flat pun menipu apatah lagi kami yang 2.2 je pointer nye. Merasa diri ini teruk malah meras diri ini tidak berguna, saya ulang kaji lah sikit malam ni. Ada yang paham ada yang tidak tapi apa gunanya internet. Cari punya cari, apa yang saya jumpa ialah brochure untuk Ducati Monster. Mungkin sebab saya menyimpang kejap tadiz itu pasal jumpa yang tu. Sambil saya memasang lagu di telefon saya, sambil saya memerah idea, sambil jari menaip, sambil hidung menyedut hingus masuk kembali, sambil mulut bernyanyi seperti Awie, sambil itu jugalah otak berfikir, "Apa aku sudah buat pada semestar ini. Aku membunuh diriku sendiri. Untuk apa berbuat begitu? Apa kebaikkannya? Apa kesudahannya?". Saya nak minta maaf sangat-sangat kat kedua ibu bapa ku. Semestar ni saya taktahu apa yang telah saya buat. Susah nak cakap. Malu nak cakap. Takut nak cakap. Kadang-kadang saya berfikir, nak ambil cuti setahun ke tidak. Untuk apa ambil cuti itu? Supaya punyai peluang kedua untuk buat semula semestar kedua ini. Namun begitu, adakah saya tidak akan jadi seperti sekarang ini setahun dari sekarang? Itu yang saya takutkan sebab saya tahu siapa saya dan saya tahu apa yang mampu saya lakukan. Akaun, Web Design. Sejak dari bangku sekolah menengah lagi saya cukup takut dengan subjek Akaun ni. Malah saya gagal subjek ini untuk SPM. Tapi oleh kerna tidak lagi ingin menyambung dalam bidang yang berkaitan dengan Akaun, saya menolak ianya ketepi jauh dari target hidup. Ingin kata menyesal masuk Asasi pun sudah tak berguna lagi. Peluang sudah diberi tapi bak kata orang putih, Take Things For Granted. Saya ingat perkataan ni sebab Nurul selalu cakap kat saya suatu masa dulu. Asyik kene marah macam ni je. Tiap tiap malam. Ah sudah lah. Orang sudah beri, kita ambil mudah. Ini lah salah satu sikap buruk, ye saya akui, yang ada dalam diri saya. Mungkin saya tidak pernah ada usaha untuk membuangnya. Mungkin akan ada yang akan cakap, pergi je, biarlah dia tak suka kau, kau pergi je. Bagi saya, dari mengejar benda yang dah tak dapat, lebih baik berdiam diri sahaja. Tapi hidup ini kadang kala ada samanya seperti A 90 Minute Football Match. Macam-macam perkara boleh berlaku diantaranya. Tapi kadang-kala juga kita sendiri boleh rasa, samada itu perasaan kita sendiri yang sudah tidak mahu lagi, yang kita ini sudah tidak mampu lagi. Jadi, berhenti dan fokuskan pada yang lain.


Keputusan masih lagi tidak dapat saya hasilkan. Masa sudah kesuntukkan. Usaha makin berkurangan. Objektif sudah tiada dalam tangan. Doa makin ketandusan. Hanya Allah yang boleh membantu. Hanya diri kita yang boleh mengubah diri kita. InsyaAllah. Ini Kali Lah Ubah !


"Dunia ini kejam Dunia ini rumit. Berhenti sejenak tuk berfikir, fikir bila semua ini kan berkahir."

                                                                                                                           -Manusia-



Sekian.

Monday, 28 January 2013

Cuba.

Assalamualaikum wbt.


Kehadapan rakan-rakan ku yang sihat-sihat belake. Kelihatan mat-mat rempit sedang tune moto setting angin tukar sproket setting gear ratio kat highway duke. Power diorang tu. Kelihatan jugak ahli-ahli Kelab Civic EK Ampang sedang memanasakan enjin-enjin 1.6 vtec mereka di bulatan Pahang. Di seksyen 13 pulak sekumpulan brader-brader vespa sedang layan corner kat depan giant tu. Agaknya mereka sedang cuba tayar Michelin tu agaknya. Ramai orang cakap tayar tu bagus padahal tayar tu hanyalah satu trend yang dibawa naik oleh sekumpulan budak sekolah darjah 4 yang memanipulasi penjualan tayar tersebut. Namun begitu saya bukanlah nak tolong promote tayar tu tapi tengok lah tayar tu. Memang lah lawa tapi kalau basah sikit je jalan tu, selekoh sikit pun susah.

Sedang aku cuba untuk mengeluarkan idea-idea untuk ku taip penulisan kali ini, terfikir sejenak apa akan jadi kalau aku beli Yamaha R1 lepas tu panas enjin depan Mahmud Menengah. Bebudak form 6 atas tu terpikat tak dengan bunyi enjin motor aku serta AGV rm3500 aku letak atas tank tu? Tapi tak mengapalah, aku pun kenal sorang cikgu kat sekolah tu, mungkin aku boleh kaw tim nak panas enjin motor kat parking lot sekolah tu. Menyampah dah aku tengok bebudak setting punya setting ex5 diorang tapi perginya 150km/h je. Minyak confirm2 dah kuat, bising lagi. Minyak hitam toksah kabor ah. Kalau aku ajak main NKVE ke SKVE ke Guthrie ke Highway Puchong ke LPT ke confirm aku bagi diorang head start.

Bukan itu niat asal ku menaip, bukan bunyi bunyi deruman Yamaha R1 1000cc ataupun harga helmet AGV tetapi mengenai satu perasaan dan satu perkataan ini.

Cuba.

Pernahkah anda terfikir suatu masa akan datang anda akan hilang semangat untuk cuba. Hilang rasa untuk cuba. Tiada lagi perasaan ingin cuba. Tiada lagi sikap ingin cuba.

Ramai sudah berkata kat aku,

Sudah lah Emi, takde fungsi dah kau nak cuba lagi.
Ape benda kau ni gemok, kau nak apa lagi? sudah lah aku cakap. Tak payah dah kau nak cuba balik
Mu rase mu nok agi, mu cube ah agi. Aku support mu ngang mende mu nok wak uh.
Emiiiiiiiii apa ni? sudah lah ek. Kesian aku tengok kau ni.
Kau rasa dia nak lagi ke? Tak payah lah. Stop it lah kawan.


Dalam banyak-banyak tu, kita boleh nampak kawan-kawan kita sentiasa ada walaupun mereka berkata sudah ataupun cuba lagi. Apa yang mereka respon tu hak mereka pandangan mereka. Mungkin ada benar apa yang mereka katakan. Benda dah lama. Semua ini drama sahaja. Drama perasaan aku yang aku bisingkan untuk tarik perhatian. Sedih. Kecewa. Terasa. Tapi itulah kehidupan. Selagi kita hidup kita berdaya kita mampu selagi itu kita cuba. Tapi apa gunanya mencuba kalau kita dah tahu jawapannya? Untuk apa kita cuba kalau kesudahannya sudah kita ketahui bukan seperti yang kita inginkan. Ya ini semua tentang cinta budak kecik yang ingatnya akan kekal ke kahwin dan kemudiannya menulis entri di blog dengan niat untuk meraih simpati si dia itu. Pukimak itu semua. Mungkin cikaro-cikaro Damansara yang akan berbuat sebegitu tapi bukan bagi aku. Penulisan ini hanya sekadar untuk peringatan diri sendiri.

Gembira ada sedih ada letih pun ada. Tapi kalau kebahagiaan itu dia sudah kecapi untuk apa kita cuba untuk memberi dia kebahagiaan lagi? Biarkan dia tersenyum dengan apa yang dia buat. Itu hak dia. Aku? Apa kata teruskan sahaja dengan apa yang ada. Cuba pada sesuatu yang lain. Cuba pada seseorang yang lain. Baru 20. 25 baru cari. Kahwin lah dalam 28. Along aku selambe je kahwin 28. Cerita pasal kahwin ni, nanti time kahwin aku taknak ada silat boleh? Habis duit dah kat situ. Style memang style tapi tulah berapa agaknya bayor ke budok tu suruh berlawan tipu-tipu depan aku. Aku lapor ni gampang. Bini aku panas dah tu. Nak kahwin kat hotel rasa macam menyusahkan orang kampung nak datang. Tapi teratur lah sikit kan.

Berbalik pada cuba tadi. Kalau aku cuba masuk Leo Vince kat R1 apa jadi? RPM naik mencanak tak? Sedap sikit tarik kat PLUS nanti. Ada baca haritu Honda CBR500R masuk Malaysia tapi harga aku tak ingat. Ada dalam half a hundred thousand kot. CBR250R pun dah semacam. Pergh memang sedap lah aku masuk UiTM Puncak Alam ke Shah Alam ke Jengka ke. Balerrr aok seme tine pandang ke aku. Balerr balerr. Aku dok kire doh paneh ke terik e aku tau tine pandang ke aku. Bior lantok pegawei poleh tu nok saman ke aku ke mende ke. Pedulik taik aku ke bedne te seme. Bior lantok kabor keh. Aok nok bising aok bising dengan ekzos motor aok. Mulut-mulut ni keh tok kenan sangat. Orang kabor hidup kene bajet sikek. Rendoh diri manjang penat jugek wehh. Beli FT86 tapi selekoh highway Karak bawak 80. Bior pasei sikit perangei. Bodo bior betempat org kabor. Aku ni bukan nok hasut ke deme2 seme neh, sape pahang tu pahang lah. Pahang aku maksud te bukan negeri ye, tu paham. Aokme nanti bile dah bawak Honda Civic Type R jangan lah nyombong ke keh ni. Kalau time te keh bawok Saga FL je jangan lah jumpe kat Najath Rauk tok tegur langsung. Ni ade membe baik keh tak tegur. Memang saloh keh lah kan. Tekpe la nanti keh pegi ke rumoh dia nanti.

Aku kalau tak lari point memang tak boleh. Idea asal ada sikit biasalah. Anak muda ni minda dia dah macam coretan pen marker Sharpie dia atas kertas A4 yang kosong. Macam-macam ada. Ada yang baik ada yang tidak. Tapi ingat lah topik asal tadi.


Pernahkah anda terfikir suatu masa akan datang anda akan hilang semangat untuk cuba?

Assalamualaikum wbt .

Monday, 17 December 2012

RINDU

Assalamualaikum wbt serta selamat malam pagi dan petang esoknya.

Kerna apa saya tulis sebegitu? Ini kerana saya menaip mende alah ni di waktu yang paling tenang iaitu di waktu tengah malam di mana kawan saya sudah tidur manakala yang lagi satu tu tengah syok melayan BB beliau. Entah tengok porno dalam bbm agaknya. Entah lah..

Rindu. Ada apa dengan rindu? Rindu apa? Rindu siapa? Rindu nak apa? Ada banyak rindu dalam dunia ni. rindu itu rindu ini. Akan tetapi berada nya saya disini ialah ingin menyatakan betapa rindunya saya kepada kawan-kawan saya yang terpaksa saya tinggalkan dahulu dek habisnya tempoh belajar dahulu. Setahun. Setahun tidak cukup untuk kita kena antara satu sama lain. Setahun tidak cukup untuk kita berkongsi suka dan duak. Setahun tidak cukup untuk kita kenal erti persahabatan akan tetapi erti perpisahan mudah sekali untuk kita tahu kerna saat perpisahan itu tiba walau apa cara sekalipun kita lakukan untuk menghalangnya tiba.

Saya ingat lagi ketika mula-mula masuk dulu. Masa orientasi dulu. Muka semua sebek je. Mintak kaki sana sini. Rambut paras sideburn takde janggut misai semua takde. Silap muka dewasa sikit je. Haha. Masa kat UiTM Jengka dulu susah juga lah hidup. Panas, bilik air jauh and bila sampai saja kat bilik air tu dah macam apa je. Saya nak berak pun 3 4 kali fikir nak ke tak nak ke tak. Tapi apakan daya, perut tak tahan. Tapi bukan pasal tandas dan perut yang saya nak cerita, tetapi cerita rindu saya kepada semua orang.

Saya rindu nak pergi makan dengan kawan-kawan kat arked padang lalang tu. Kat situ ada 3 kedai feverat. Kedai akak ayam besar, Kedai abang Wan dan kedai Akak belakang. Tapi saya paling suka lepak situ hari ahad layan melodi. Tunggu sampai 1:30ptg just nak habiskan melodi. Mana boleh miss nak tengok Melodi. Lepas tu kalau malam baru lepas dinner, reramai jalan kat depan kedai car wash tu. Ada anjing 3 ekor. Besar pulak tu. Siap kene kejar. Haha ingat lagi time tu saya bawak kayu and duduk paling belakang sebab ingat kalau anjing tu datang dekat nak la jugak pelangkung dengan kayu tu. Sekali dia woof sekali, hahahaha. Cuba teka siapa paling depan? hahahaha. Malam tu memang havoc. Tersangatlah havoc

Saya rindu nak pergi lepak TC. TC ni takde ape sangat pun tapi kalau korang lepak kat Golden Tarbus tu, memang superb. Shisha dia may not be the best tapi suasana dia sangatlah awesome baq hang. Angin laut tiup, open air serta ada stage karaoke but by that time takde stage tu lagi so siapa yang duduk luar Kuantan tak dapat lah merasa nak karaoke tu. Saya selalu lepask situ dengan kawan TESL dan juga Ruji serta KB. Sebab diorang dua tu bilik sebelah bilik saya. Pintu bilik kami berdua selalunya terbuka luas.

Saya rindu nak pergi ECM ramai-ramai jalan kaki. Jalan kaki jauh dan saya bukanlah satu kombinasi yang hebat. Kalau ajak jalan sikit je mesti diorang cakap, "ah Emi nak jalan. harapan je lah." "budak gemok ni mana nak jalan kaki." Tapi nak taknak kena lah jugak jalan dah semu jalan takkan aku sorang je nak naik teksi. Sorry sebab aku suka guna aku. Tengok Hunger Games reramai. Menda tak kelakar jadinya kelakar. Itu lah perangai. Habis satu row tu kami punya.

Saya rindu belajar. Ye, saya belajar. Mungkin ada yang ingat saya ni asyik2 makan asyik2 tidur asyik2 main game. Saya belajar. Tapi susah la kalau nak tengok aku belajar. Ada waktu dia. Kalau dalam kelas, aku suka suasana yang dimana orang senyum orang gelak orang tersengih. Aku suka buat orang jadi macam tu. Tapi seeloknya jangan lah selalu. Nanti tak belajar pulak.

Saya rindu semua. Saya rindu semua kawan saya kat UiTM Kuantan tu. Samada baik atau tidak. Selagi namanya kawan, tak salah kita nak rindu. Serisu saya cakap, rindu ni bila-bila boleh datang. Perasaan rindu ni ada yang boleh kita ungkapkan ada yang tak boleh. Ada baiknya kita rindu ni. Nampak sikit ada perasaan. 

Kenapa kita rindu? Kenapa mesti ada perasaan ni? Kenapa kita tak boleh lari dari perasaan ni? Kenapa perasaan ni sentiasa wujud dalam diri kita? Tak bolehkah kita hiraukan perasaan ni? 

Heh! Jangan kita persoalkan segala yang dah termaktub kat muka bumi ini. 

Sampai sini saja isian saya kali ini. Ini saja yang termampu. Andaikata isian ini tidak menarik, tidak apa. Akan saya cuba lagi.

Sekian sahaja dari saya. Sekian :)