Monday 17 December 2012

RINDU

Assalamualaikum wbt serta selamat malam pagi dan petang esoknya.

Kerna apa saya tulis sebegitu? Ini kerana saya menaip mende alah ni di waktu yang paling tenang iaitu di waktu tengah malam di mana kawan saya sudah tidur manakala yang lagi satu tu tengah syok melayan BB beliau. Entah tengok porno dalam bbm agaknya. Entah lah..

Rindu. Ada apa dengan rindu? Rindu apa? Rindu siapa? Rindu nak apa? Ada banyak rindu dalam dunia ni. rindu itu rindu ini. Akan tetapi berada nya saya disini ialah ingin menyatakan betapa rindunya saya kepada kawan-kawan saya yang terpaksa saya tinggalkan dahulu dek habisnya tempoh belajar dahulu. Setahun. Setahun tidak cukup untuk kita kena antara satu sama lain. Setahun tidak cukup untuk kita berkongsi suka dan duak. Setahun tidak cukup untuk kita kenal erti persahabatan akan tetapi erti perpisahan mudah sekali untuk kita tahu kerna saat perpisahan itu tiba walau apa cara sekalipun kita lakukan untuk menghalangnya tiba.

Saya ingat lagi ketika mula-mula masuk dulu. Masa orientasi dulu. Muka semua sebek je. Mintak kaki sana sini. Rambut paras sideburn takde janggut misai semua takde. Silap muka dewasa sikit je. Haha. Masa kat UiTM Jengka dulu susah juga lah hidup. Panas, bilik air jauh and bila sampai saja kat bilik air tu dah macam apa je. Saya nak berak pun 3 4 kali fikir nak ke tak nak ke tak. Tapi apakan daya, perut tak tahan. Tapi bukan pasal tandas dan perut yang saya nak cerita, tetapi cerita rindu saya kepada semua orang.

Saya rindu nak pergi makan dengan kawan-kawan kat arked padang lalang tu. Kat situ ada 3 kedai feverat. Kedai akak ayam besar, Kedai abang Wan dan kedai Akak belakang. Tapi saya paling suka lepak situ hari ahad layan melodi. Tunggu sampai 1:30ptg just nak habiskan melodi. Mana boleh miss nak tengok Melodi. Lepas tu kalau malam baru lepas dinner, reramai jalan kat depan kedai car wash tu. Ada anjing 3 ekor. Besar pulak tu. Siap kene kejar. Haha ingat lagi time tu saya bawak kayu and duduk paling belakang sebab ingat kalau anjing tu datang dekat nak la jugak pelangkung dengan kayu tu. Sekali dia woof sekali, hahahaha. Cuba teka siapa paling depan? hahahaha. Malam tu memang havoc. Tersangatlah havoc

Saya rindu nak pergi lepak TC. TC ni takde ape sangat pun tapi kalau korang lepak kat Golden Tarbus tu, memang superb. Shisha dia may not be the best tapi suasana dia sangatlah awesome baq hang. Angin laut tiup, open air serta ada stage karaoke but by that time takde stage tu lagi so siapa yang duduk luar Kuantan tak dapat lah merasa nak karaoke tu. Saya selalu lepask situ dengan kawan TESL dan juga Ruji serta KB. Sebab diorang dua tu bilik sebelah bilik saya. Pintu bilik kami berdua selalunya terbuka luas.

Saya rindu nak pergi ECM ramai-ramai jalan kaki. Jalan kaki jauh dan saya bukanlah satu kombinasi yang hebat. Kalau ajak jalan sikit je mesti diorang cakap, "ah Emi nak jalan. harapan je lah." "budak gemok ni mana nak jalan kaki." Tapi nak taknak kena lah jugak jalan dah semu jalan takkan aku sorang je nak naik teksi. Sorry sebab aku suka guna aku. Tengok Hunger Games reramai. Menda tak kelakar jadinya kelakar. Itu lah perangai. Habis satu row tu kami punya.

Saya rindu belajar. Ye, saya belajar. Mungkin ada yang ingat saya ni asyik2 makan asyik2 tidur asyik2 main game. Saya belajar. Tapi susah la kalau nak tengok aku belajar. Ada waktu dia. Kalau dalam kelas, aku suka suasana yang dimana orang senyum orang gelak orang tersengih. Aku suka buat orang jadi macam tu. Tapi seeloknya jangan lah selalu. Nanti tak belajar pulak.

Saya rindu semua. Saya rindu semua kawan saya kat UiTM Kuantan tu. Samada baik atau tidak. Selagi namanya kawan, tak salah kita nak rindu. Serisu saya cakap, rindu ni bila-bila boleh datang. Perasaan rindu ni ada yang boleh kita ungkapkan ada yang tak boleh. Ada baiknya kita rindu ni. Nampak sikit ada perasaan. 

Kenapa kita rindu? Kenapa mesti ada perasaan ni? Kenapa kita tak boleh lari dari perasaan ni? Kenapa perasaan ni sentiasa wujud dalam diri kita? Tak bolehkah kita hiraukan perasaan ni? 

Heh! Jangan kita persoalkan segala yang dah termaktub kat muka bumi ini. 

Sampai sini saja isian saya kali ini. Ini saja yang termampu. Andaikata isian ini tidak menarik, tidak apa. Akan saya cuba lagi.

Sekian sahaja dari saya. Sekian :)

Saturday 11 August 2012

Memories

Assalamualaikum wbt


Nampaknya saya kembali dan saya ingin meminta maaf kerana saya tak menepati janji saya untuk mengupdate setiap kali tarikh pertama setiap bulan tiba. Sekarang ni pun dah tinggal lagi seminggu je kita nak cium bau pagi raya. Puasa kali ni alhamdulillah sebab takde apa yang berjaya kacau saya nak niat batal puasa. Sekali lagi saya nak minta maaf sebab hari raya pun dah nak tiba. Tapi sebenarnya tak perlu kita nak tunggu raya baru nak beriya minta maaf. Kita salah, kita terus minta maaf. Ye saya tahu saya ada buat baaaaaaaaaaaaaaaaanyak salah. Kalau nak disenaraikan balik, mahu jadi setebal novel Hunger Games.

Sekaran ni pun takde lah genap tapi lagi 10 hari genap 5 bulan aku habis asasi. 5 bulan memang macam tak lama. Tapi kalau nak tahu 5 bulan tu lama mana. Cuba main call of duty pakai sebelah tangan. cuba habiskan game tu tanpa tutup pon laptop tu. mcm tu lama dia. Takpun kalau nak terang lagi. Cuba jalan dari Kampus Padang Lalang tu straight ke Kampus Bukit Sekilau dengan hati yang patah. Cuba saya cabar awak. Macam-macam dah jadi sepanjang 5 bulan ni. Tak perlu lah nak cerita. Ada yang dah tahu, ada yang tak tahu, ada juga yang mengada-ngada buat tak tahu sebab nak bagi saya cerita then terus bahan depan muka lepas tu gelak sampai balik rumah pun gelak lagi cilake.

Korang ingat tak apa kita buat lepas habis paper CTU tu?

Hari tu memang superb lah aku cakap. Kita main perang-perang dalam laut, kita jadi marine sakat Jo dating, belasah Khalil si penjenayah bangla, kita bakar ayam, main gitar, main ragbi, lepas tu tukar port sebab Izhar cakap tak selamat tempat tu. Lepas tukar port tu berpecah sikit. Ada yang tidur, ada yang pergi lepak dengan ada group budak perempuan yang overnight jugak. Tapi yang paling best esok pagi tu. Ingat tak kita nyanyi ramai-ramai nak tunggu sunrise. Syameer main gitar, Burge rakam, Dzamir remix lagu Hey There Delilah. Beriya tunggu matahari sekali tengok dah tegak dah. Lepas tu tangkap-tangkap gambar kat batu. Last-last mandi air laut TC pagi-pagi. Hahahahaha yang tu best. Satu memori yang jangan sesekali di padam atau di buang dari kotak minda dan hati. Sekali buang, jangan harap nak dapat balik.

Korang ingat tak apa kita buat masa hari Jumaat last day kat Kampus Padang Lalang tu?

Hari tu memang gembira tapi lebih kepada duka. Sebab hari tu hari semua budak Tesl Kuantan batch 11/12 meninggalkan kampus ini buat selamanya. Masa tu mengantuk sangat dah. Aku tidur awal Khamis malam Jumaat tu. Bangun-bangun Azraai, Juden dengan Izhar main dota. Aku pun join lah. Main punya main last-last tinggal aku dengan Izhar je. Lain dah tidur. Kami pun pergi lah buat horlicks kat bawah. Borak-borak. Gelak-gelak. Then senyap kejap sebab hari last dah. Memang janggal gila lah time tu. Kami naik then tidur. Aku ingat pagi tu Ameir turun awal sebab Cik Yayanx nak balik. Aku bangun dalam pukul 1 lebih macam tu terus turun bawah. Muka macam asli rambut macam leas moshing mulut bau cilake. Naik balik basuh semua apa yang patut then turun. Tak ramai lagi tapi beg semua dah penuh. Aku ingat aku tolong angkat beg Lin masuk dalam kereta abang dia before tu dia bagi nombor supaya tak lost contact. Then Shyra balik, Gyea, Aina, Syed. And masa Syed tu memang tersentuh. Dia masukkan barang dalam kereta dia. Masa tu Juden takde dia kat bilik. Skali Syed pass apa tah surat then dia chow. Juden turun je budak ni bagi surat kat Juden. Juden baca dia nangis. Aku baca lah surat tu. Syed saja je. Maybe dia taknak tengok Juden sedih depan dia. Aku tak tahu lah. Then sampai la ayah Juden naik Hilux ke ape tah. Ameir tumpang dia sekali time tu. Masa tu Ameir pakai baju Dzamir, budak takde pusat tu bagi kat dia. Smart jugak lah. kami pun kumpul lah semua kat situ. Ameir tak start cakap aku dah menangis. Tengok Izhar dah shrekk shrekkk. Tengok kiri kanan semua dah mengalir. Dia cakap sorang-sorang. Minta maaf kat sorang-sorang. Dia peluk sorang-sorang. Sampai turn aku dengan Izhar dia tak cakap banyak, dia peluk dedua sekali. Hanya aku, orang kat situ dan Tuhan saja yang tahu perasaan sedih masa. Pertemuan dan perpisahan satu perkara yang wajib. Kita bertemu dan kita berpisah. Aku balik lepas Izhar keluar je kampus lewat petang tu. Masa tu takde ape dah. Sengih-sengih sebab kami dekat je pun. Masa otw balik rumah kat jambatan Tg Lumpur tu, aku tersengih je sorang-sorang. tak tahu kenapa.

Korang ingat tak Annual Dinner tu?

Before annual dinner ni ramai yang mogok macam-macam. Antaranya saya. Sebab pada mulanya harga untuk dinner ni agak mahal. Tapi kalau ditengokkan balik. Kita buat kat hotel bertaraf 5 bintang. The Zenith Hotel kat depan ECM tu. Agak teruja lah bila dengar nama hotel tu. Sebab batch yang sebelum ni buat kat Grand Con je. hahah. Hyatt takde pun nak buat. Semangat ni nak cari baju tak tahu nak pakai macam mana. Memula malas nak main purple then last-last along ada kasut putih. Hah! Cari seluar putih dan baju purple then tali leher putih. Cun. Tapi satu je takde. Blaze putih. Dapat pulah topi mafia putih serta cerut serta tongkat. Jangan cakap Neelofa Izara Aishah Tasha Shilla merangkak kejar, Tasha Manshahar Ainan Tasneem nak add Facebook saya. So the dinner berjalan dengan lancar. Bergambar sana sini gelak tawa serta senyuman dilemparkan ke atas bawah kiri kanan. Masa penghujung dinner tu semua sibuk ambik gambar. kami budak laki Tesl tak ramai. 25 orang. So kalau bergambar memang mudah. Memang time tu kami happy sangat sebab dapat bergambar dengan semua dengan pakaian yang cantik serta senyuman yang menawan. Balik tu macam-macam kami cerita sampai lah esok paginya.



angle tak berapa baik lah kawan. :)


Walaupun apa yang saya cerita ni menda yang dah lama. Dah 5 bulan lebih punya cerita ni. Saya rasa macam baru semalam je pergi annual dinner pergi TC ramai-ramai. Apa yang saya harap kita tak lupa lah apa kita buat sama-sama baik atau buruk. Kita semua kawan kita semua keluarga. Setahun mungkin tidak lama tapi macam-macam dah jadi setahun tu sampai kami rasa kami ni adik beradik.

Apapun yang terjadi, saya takkan lupa nama korang. InsyaAllah. Semoga kita dapat berjumpa sama ketika muda ataupun tua. 

Yang terbaik hanya di Lot 8664 Kg Baru Sungai Lui 2. Assalamualaikum wbt. :)


Thursday 1 March 2012

Sekali Lagi Pagi Ini

Assalamaualaikum wbt.

Ini kali kedua aku buat entry pada hari ini. Tepat jam 9:53 pagi aku terdatang ilham nak menaip di pagi yang indah. Bukan sedar indah malah cerah, nyaman, sejuk dan juga hari ini merupakan permulaan bagi bulan yang baru iaitu bukan Mac. Sudah 3 bulan kita hidup di tahun 2012 ini. Alhamdulillah ke hadrat Illahi.

Mungkin ada yang pelik, musykil, terkejut, bergetar lutut, terangkat bahu, kembang hidungnya, luas nganga mulutnya, meleleh hingus berderai2 dek melihat aku bangun awal pagi ini. Harini ni straight satu hari takde kelas. Sebab apa?. Sebab hari ni Datuk VC universiti gua nak dtg melawat. Dia kata alang2 dtg Kuantan(beliau pergi ke The Zenith Hotel sbb ada ape tah) eloklah beliau pergi melawat anak buahnya yang muda2, comel, bijak belaka di kampus UiTM Kuantan yang hanya sebesar mangkuk mee kari di Sushi King tingkat 2 ECM tu haa.. Tidaklah besar tapi kami merupakan pelajar yang harus dibanggakan dan diutamakan kerana kami hanya dalam bilangan yang kecil. Hanya TESL dan LAW sahaja yang boleh belajar kat sini. Lain tak dapet den nak nolong nyo haa..ekau pogi lah ke tempet lain. Alamak. terbahaso nogori pulak  haa..haha. Tak salah kan kita bergurau pepagi ni kan..

Aku just nak inform kepada readers, reader's theatre, reader's digest, digestion system, system malfunction dan semua pembaca2, mulai hari ini, HARI INI, akan aku buat entry baru bagi setiap tarikh pertama setiap bulan, InsyaAllah. Bukan apa, baru nmpk mcm mukadimah untuk entry2 yang lepas2 ni. Baru syokkkkk....

Aku bangun pepagi ni bukan nak cerita pasal Datuk Sahul nak datang kampus or pasal mukadimah. Aku nak cerita tentang apa yang kita bakal lalui sedikit masa lagi.


Sedar tak sedar kita ni dah nak habis asasi dah kan. kiranya cukup 2 semester kita jadi pelajar UiTM. Sekarang ni kita tunggu paper final exam je muncul kat depan muka kita. Segala peristiwa yang kita semua lalui bersama telah pun berlaku cuma apa yang tinggal hanyalah ingatan peristiwa tersebut. kalau kita ingat balik apa kita buat dulu either good or bad, fun or boring, alone or along with friends. Mesti kita meremang bulu roma. Cuba ingat balik. Aku nak menaip ni pun dah rasa macam apa sambil ingat balik semua tu. Habis kepit peha dah ni. Ketiak pon tertutup rapat. Perut habisku pegang dengan rapi. Heh! Siapa mampu tahan perasaan ingin sedih.

Anda sedih?

It's a fucking lies and you're a fucking hypocrite if you say you don't. And i shall call you dumbass.

Ganas macam mana pun kau, muka habis jantan macam mana pun kau, tomboy macam mana pun kau, suara habis lelaki macam mana pun kau, badan habis katang macam mana pun kau, rempit macam mana pun kau, ayat habis gampang macam mana pun kau, muka habis lawa macam mana pun kau, tudung habis lilit macam mana pun kau, heel habis tinggi macam mana pun kau, jeans habis mahal macam mana pun kau, rambut habis mohawk macam mana pun kau, awek ramai macam mana pun kau. Semua tu takkan mampu buat kau dari tahan rasa sedih. Maybe tak nangis but still, sedih tetap sedih. Sedih tetappppp... Sedih!

Aku nak minta maaf kepada semua kawan yang aku kenal dan yang aku tak kenal tapi aku pernah tengok kat UiTM Mangkuk Mee Kari Sushi King ni. Samada TESLIAN atau pun LAWRIAN. Yang aku pernah rapat dulu, sekarang jadi tak kenal. yang aku kamcing dulu. Yang aku kamcing sekarang. Past and present classmate, roommate, housemate, groupmate, partner and all of it. I just wanna say that it's been and honour for me to befriends with you all. To my closest friend here.. There's a difference between closet friends and the closest friend. I love you man. To the others, you guys are my friends that gonna be in the VIP table during my wedding day. InsyaAllah. To lecturers, im sorry i annoyed during classes this 2 sems. For those whose been my classmate would know about it. I dont want to say much. I'll do it in an another entry. I promise.

Before i go back to my meditation. aku nak minta maaf sekali lagi. Kita kenelah saling maaf memaafi kan. Just remember that there's always a friend that frogive you.


Ikhlas dan tulus dari hari hati EMICOMELFOREVER. Assalamualaikum..

Entry Yang Sekian Lamanya

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca yang setia membaca segala bahan bacaan aku yang aku berikan ini.


Sekian lamanya aku tidak mengapdet blog kesayangan aku ni. Im not new here so dont call me noob. Blog aku ni tidaklah lawa, gambar2 yg menarik, entry yang berpuitis ayatnye.. Aku just guna perkataan yang aku paham dan berharap si pembaca tu akan paham. kalau tak paham takpe la. nanti dia baca byk kali sampai paham. haaa~!! kat situ dah nmpk dia stalk aku. tambah satu peminat misteri. penuh bilik aku dgn surah bau perfume CK. jealous orang lain nanti. kah kah kah

Bebaru ni aku ada lah pegi berjalan2 kat blog baru kawan2 aku yang baru.. sorang ni ada la buat blog.. tgk nama blog dia pon dah rase geram..rase nak picit2 tonyoh2 gigit2 je. Dalam hati aku pun berkata:

"alaaa tomeenyeee abang ni"
"mesti badan abang ni lembut kan.."
"nak baring kat atas abang ni la"
"ngeeee geram nye la..nak sumbat pen dalam pusat abang ni"

Lahhhhh..bukan salah aku..salah dia la..dah dia letak nama dia jadi jejakafluffy.. mana aku tak keluar ayat macam tu.. hahaha..sorry bro..kite kawan..apa2 pun support lah dia ni. dia ni boleh dikategori kan sebagai budak baru nak UP..hahaha..kesian kena lagi. takpe bro. gua as blogger yang dah cukup umur setahun ni support kau.jgn risau.akan aku follow kau..

Lepas tu aku ade la jumpe lagi 3 blog..satu ni dari seorang yang kenit ya amat..suara pon mcm suara semut menjerit before kene pijak dgn tumit aku...nama dia mrssyue..comel je blog dia.ada lagu..blog aku takde lagu pon..haha..nanti aku follow ye mrssyue.

lepas tu lagi ade jumpe jgak blog sorang ni..nama dia kak ritaaaa..mesti kenai kan dgn beliau ni. kalau bercakap tu dah macam mesen typewriter hang je..hah!. pegi la usya blog ayumiqachan210..sorry kak rita..blog dia ni pulak ade tikus bercakap..dasyattttt

Lepas tu lagi skali pulak aku jumpe la blog seorang ni.. dia ni lagi kelakor..dgn muka dia lagi..mmg tak tahan la.tapi brader ni rajin update..tu yg sedap je.ade je gambar ade je cerita..tapi slack..lagu korea tak tahan tu.. so check it out je la ye kat ecolllikhmal....


Mereka2 semua ni semua kawan aku. kalau ada ramai lagi mesti lagi best. dpt baca mcm2 cerita gampang mereka..aku?.cerita aku semua best.. kah kah kah..Aku dah follow mereka..tapi adakah mereka follow aku..terpulanglah..nok follow ke dok.ikuk mu la bohh..

Lepas ni aku nak update dalam keadaan emotional sikit..dah lama tak emo2 mcm siku nu..rindu jgak nak jadi macam tu kan.hah! takpe lah..later la you ols..kali ni aku bgtau a.k.a promote blog budak2 ni je..

Salam sayang dan rindu dari EMICOMEL FOREVER. Assalamualaikum.