Saturday 11 August 2012

Memories

Assalamualaikum wbt


Nampaknya saya kembali dan saya ingin meminta maaf kerana saya tak menepati janji saya untuk mengupdate setiap kali tarikh pertama setiap bulan tiba. Sekarang ni pun dah tinggal lagi seminggu je kita nak cium bau pagi raya. Puasa kali ni alhamdulillah sebab takde apa yang berjaya kacau saya nak niat batal puasa. Sekali lagi saya nak minta maaf sebab hari raya pun dah nak tiba. Tapi sebenarnya tak perlu kita nak tunggu raya baru nak beriya minta maaf. Kita salah, kita terus minta maaf. Ye saya tahu saya ada buat baaaaaaaaaaaaaaaaanyak salah. Kalau nak disenaraikan balik, mahu jadi setebal novel Hunger Games.

Sekaran ni pun takde lah genap tapi lagi 10 hari genap 5 bulan aku habis asasi. 5 bulan memang macam tak lama. Tapi kalau nak tahu 5 bulan tu lama mana. Cuba main call of duty pakai sebelah tangan. cuba habiskan game tu tanpa tutup pon laptop tu. mcm tu lama dia. Takpun kalau nak terang lagi. Cuba jalan dari Kampus Padang Lalang tu straight ke Kampus Bukit Sekilau dengan hati yang patah. Cuba saya cabar awak. Macam-macam dah jadi sepanjang 5 bulan ni. Tak perlu lah nak cerita. Ada yang dah tahu, ada yang tak tahu, ada juga yang mengada-ngada buat tak tahu sebab nak bagi saya cerita then terus bahan depan muka lepas tu gelak sampai balik rumah pun gelak lagi cilake.

Korang ingat tak apa kita buat lepas habis paper CTU tu?

Hari tu memang superb lah aku cakap. Kita main perang-perang dalam laut, kita jadi marine sakat Jo dating, belasah Khalil si penjenayah bangla, kita bakar ayam, main gitar, main ragbi, lepas tu tukar port sebab Izhar cakap tak selamat tempat tu. Lepas tukar port tu berpecah sikit. Ada yang tidur, ada yang pergi lepak dengan ada group budak perempuan yang overnight jugak. Tapi yang paling best esok pagi tu. Ingat tak kita nyanyi ramai-ramai nak tunggu sunrise. Syameer main gitar, Burge rakam, Dzamir remix lagu Hey There Delilah. Beriya tunggu matahari sekali tengok dah tegak dah. Lepas tu tangkap-tangkap gambar kat batu. Last-last mandi air laut TC pagi-pagi. Hahahahaha yang tu best. Satu memori yang jangan sesekali di padam atau di buang dari kotak minda dan hati. Sekali buang, jangan harap nak dapat balik.

Korang ingat tak apa kita buat masa hari Jumaat last day kat Kampus Padang Lalang tu?

Hari tu memang gembira tapi lebih kepada duka. Sebab hari tu hari semua budak Tesl Kuantan batch 11/12 meninggalkan kampus ini buat selamanya. Masa tu mengantuk sangat dah. Aku tidur awal Khamis malam Jumaat tu. Bangun-bangun Azraai, Juden dengan Izhar main dota. Aku pun join lah. Main punya main last-last tinggal aku dengan Izhar je. Lain dah tidur. Kami pun pergi lah buat horlicks kat bawah. Borak-borak. Gelak-gelak. Then senyap kejap sebab hari last dah. Memang janggal gila lah time tu. Kami naik then tidur. Aku ingat pagi tu Ameir turun awal sebab Cik Yayanx nak balik. Aku bangun dalam pukul 1 lebih macam tu terus turun bawah. Muka macam asli rambut macam leas moshing mulut bau cilake. Naik balik basuh semua apa yang patut then turun. Tak ramai lagi tapi beg semua dah penuh. Aku ingat aku tolong angkat beg Lin masuk dalam kereta abang dia before tu dia bagi nombor supaya tak lost contact. Then Shyra balik, Gyea, Aina, Syed. And masa Syed tu memang tersentuh. Dia masukkan barang dalam kereta dia. Masa tu Juden takde dia kat bilik. Skali Syed pass apa tah surat then dia chow. Juden turun je budak ni bagi surat kat Juden. Juden baca dia nangis. Aku baca lah surat tu. Syed saja je. Maybe dia taknak tengok Juden sedih depan dia. Aku tak tahu lah. Then sampai la ayah Juden naik Hilux ke ape tah. Ameir tumpang dia sekali time tu. Masa tu Ameir pakai baju Dzamir, budak takde pusat tu bagi kat dia. Smart jugak lah. kami pun kumpul lah semua kat situ. Ameir tak start cakap aku dah menangis. Tengok Izhar dah shrekk shrekkk. Tengok kiri kanan semua dah mengalir. Dia cakap sorang-sorang. Minta maaf kat sorang-sorang. Dia peluk sorang-sorang. Sampai turn aku dengan Izhar dia tak cakap banyak, dia peluk dedua sekali. Hanya aku, orang kat situ dan Tuhan saja yang tahu perasaan sedih masa. Pertemuan dan perpisahan satu perkara yang wajib. Kita bertemu dan kita berpisah. Aku balik lepas Izhar keluar je kampus lewat petang tu. Masa tu takde ape dah. Sengih-sengih sebab kami dekat je pun. Masa otw balik rumah kat jambatan Tg Lumpur tu, aku tersengih je sorang-sorang. tak tahu kenapa.

Korang ingat tak Annual Dinner tu?

Before annual dinner ni ramai yang mogok macam-macam. Antaranya saya. Sebab pada mulanya harga untuk dinner ni agak mahal. Tapi kalau ditengokkan balik. Kita buat kat hotel bertaraf 5 bintang. The Zenith Hotel kat depan ECM tu. Agak teruja lah bila dengar nama hotel tu. Sebab batch yang sebelum ni buat kat Grand Con je. hahah. Hyatt takde pun nak buat. Semangat ni nak cari baju tak tahu nak pakai macam mana. Memula malas nak main purple then last-last along ada kasut putih. Hah! Cari seluar putih dan baju purple then tali leher putih. Cun. Tapi satu je takde. Blaze putih. Dapat pulah topi mafia putih serta cerut serta tongkat. Jangan cakap Neelofa Izara Aishah Tasha Shilla merangkak kejar, Tasha Manshahar Ainan Tasneem nak add Facebook saya. So the dinner berjalan dengan lancar. Bergambar sana sini gelak tawa serta senyuman dilemparkan ke atas bawah kiri kanan. Masa penghujung dinner tu semua sibuk ambik gambar. kami budak laki Tesl tak ramai. 25 orang. So kalau bergambar memang mudah. Memang time tu kami happy sangat sebab dapat bergambar dengan semua dengan pakaian yang cantik serta senyuman yang menawan. Balik tu macam-macam kami cerita sampai lah esok paginya.



angle tak berapa baik lah kawan. :)


Walaupun apa yang saya cerita ni menda yang dah lama. Dah 5 bulan lebih punya cerita ni. Saya rasa macam baru semalam je pergi annual dinner pergi TC ramai-ramai. Apa yang saya harap kita tak lupa lah apa kita buat sama-sama baik atau buruk. Kita semua kawan kita semua keluarga. Setahun mungkin tidak lama tapi macam-macam dah jadi setahun tu sampai kami rasa kami ni adik beradik.

Apapun yang terjadi, saya takkan lupa nama korang. InsyaAllah. Semoga kita dapat berjumpa sama ketika muda ataupun tua. 

Yang terbaik hanya di Lot 8664 Kg Baru Sungai Lui 2. Assalamualaikum wbt. :)