Friday 10 May 2013

Kenapa Menjadi Persoalan?

Assalamualaikum w.b.t


Selamat semua. Hari ni saya cukup makan. Sedap pula tu. Makan nasi putih dengan lauk telur dadar dengan sambal lada ikan bilis dibawa khas dari Perak. Duit pun takde, nak isi minyak pun kene esok lusa. Jadinya makan dirumah sahaja lah. Nasi kosong dengan garam pun boleh jadi. Janji isi lah perut ni. Bersyukur lah juga dapat makan walaupun tidak seberapa. Sehubungan dengan itu saya pun nak ucap lah rasa bersyukur kerana masih lagi ada di muka bumi ini. Alhamdulillah.

Bismillah.

Pernahkah anda terfikir, kenapa ada kenapa. Saya tak pernah pun fikir kenapa ada kenapa tu. Sebab kalau takde kenapa tu jadinya lain mcm. Cuba engkorang fikir kan. Tak ke pelik. Jadi, kita ni guna kenapa dalam setiap perbualan percakapan kita. Contohnya lah:

a) Kenapa nak kena pergi sana?
b) Kenapa harga minyak naik?
c) Kenapa awak pilih dia dari saya?
d) Kenapa pelik sangat perangai awak ni?
e) Dah kenapa awak ni pelik semacam?
f) Kenapanya dengan dia? Okayy je. Ha kenapa?
g) Hello, kau ada kat rumah? Ada, kenapa?

Jadinya kat sini, kenapa itu telah dianggap oleh umat manusia sebagai satu punca atau org kata sebagai penanda ataupun sebagai satu petunjuk untuk kita berfikir samada kita hadir dengan soalan ataupun jawapan pada seterusnya kalau anda faham apa yang saya maksudkan. Mungkin disebabkan ayat saya berbelit ataupun tahap sastera saya sudah mencecah tahap ekstrim. Kenapa saya menaip semua benda yang tidak berfaedah ini? Itupun sudah menjadi satu persoalan dan telah membuat anda semua berfikir. Saya hanya tiada apa yang hendak dilakukan. Dengan esoknya ada KI. Dengan sem lepas punya KI saya tak pergi jadi kene repeat sem ni. Malas sungguh. Ini lah UiTM. Benda macam ni ditekankan kehadiran. Bukan nak kutuk cara institusi ini tapi, kamon la. Jangan lepas ni ada budak yang jenis pendek akal ke jenis busuk hati ke jenis cium setiap jari lecturer ke staf uitm ke ada pergi report kat sana. Naik mahkamah dah jadi satu hal kene bayar itu ini. Kemahiran insaniah ni bagus tapi waktu diorang buat tau lewat sangat. ni dah minggu ke berapa dah ni. Kampus lain tak tahu la kan mana tahu ada yang buat awal. Jadi, kenapa mereka buat program yang diwajibkan hadir seperti ini. Ha! Kan anda semua dah fikir atau mungkin ada yang dah ready dengan jawapan. Saya menaip pada hari ini kerana saya bosan. Bosan dengan apa yang ada didalam kepala otakg yang asyik membelengu siang malam. Baru-baru ni saya terbaca di facebook, dipetik dari ayat seorang penceramah agama. Beliau berkata, "Jika seseorang hadir di dalam mimpi anda, tandanya dia rindukan anda". Dah lebih 3 hari awek lama aku datang dalam mimpi. Puaka betul. Datang banyak kali pulak tu. Sorry, guna aku ni stail sikit. Tadi lah yang paling hardcore. Aku tidur je, pap! Keluar muka. Terjaga. Tidur balik. Pap lagi sekali. Ah letih. Aih jadi kenapanya ni? Adakah benar apa yang diungkapkan oleh hamba Allah tersebut? Jikalau benar, aih biarkan lah. Apa aku peduli. Aku dah ada Duke. Dia yang tersayang buat masa sekarang. Cerita lama jangan ingat baliklah. Kenapa aku fikir balik hal lama? Kenapa? Semalam aku main laptop. Asyik bersin saja tanpa henti. Aik kenapa ni. Jadi aku pun cuba lah cuci kipas kecil kat tepi laptop aku ni. Ha kurang dah bersin. Jadi tadi aku lepak depan tv, hachum sana hachum sini. Aik kenapa lagi ni? Jadi aku pun bersihkan lah kipas ruang tamu ni. Haa kurang sikit dah. Alhamdulillah


Jadinya, kat dunia ni, setiap perkara ada kenapa ni. Jangan engkorang kenapakan kenapa tu. Sebab nak fikir kenapa kenapa tu, sampai ke sudah lah tak dapat nak solve. Jangan. Tapi kalau ada yang nak fikir, takpe lah. baguslah. Menjana minda. Cukuplah setakat ini. Kiranya blog ini lebih kurang je macam status facebook aku cuma dia panjang sikit je. Soalan asal dia tetap sama. What's on your mind?. Kbai

Thursday 2 May 2013

Am G#m F Dm A7 Em

Assalamualaikum w.b.t.

Sekali lagi kita bertemu. Mungkin ada mungkin tiada langsung yang bertanya dalam hati, apa yang sedang saya lakukan sewaktu menaip semua ini. Jika anda hendak tahu, saya sedang mengulangkaji pelajaran untuk mata pelajaran Event Concept iaitu subjek untuk semestar kedua saya di UiTM ini. Saya tidak hadir pada waktu sepatutnya saya ambil kuiz ini, tapi atas rasa baik hati sang pengajar, beliau memberikan saya peluang untuk menjawabnya pada esok hari. Pada asalnya saya kena jawab padi hari Selasa baru ni tapi dengan powernya saya kabor saya pening kepala dek mandi hujan semasa otw balik dari Shah Alam. Akhirnya saya pening betul pada hari itu. Balasan Tuhan kerana menipu lecturer. Tidak mengapa lah. Bukan saya sorang je yang baru ni nak tipu lecturer. Belambak kawan saya tipu lecturer diorang. Biasa lah student. Sedangkan pelajar 4 flat pun menipu apatah lagi kami yang 2.2 je pointer nye. Merasa diri ini teruk malah meras diri ini tidak berguna, saya ulang kaji lah sikit malam ni. Ada yang paham ada yang tidak tapi apa gunanya internet. Cari punya cari, apa yang saya jumpa ialah brochure untuk Ducati Monster. Mungkin sebab saya menyimpang kejap tadiz itu pasal jumpa yang tu. Sambil saya memasang lagu di telefon saya, sambil saya memerah idea, sambil jari menaip, sambil hidung menyedut hingus masuk kembali, sambil mulut bernyanyi seperti Awie, sambil itu jugalah otak berfikir, "Apa aku sudah buat pada semestar ini. Aku membunuh diriku sendiri. Untuk apa berbuat begitu? Apa kebaikkannya? Apa kesudahannya?". Saya nak minta maaf sangat-sangat kat kedua ibu bapa ku. Semestar ni saya taktahu apa yang telah saya buat. Susah nak cakap. Malu nak cakap. Takut nak cakap. Kadang-kadang saya berfikir, nak ambil cuti setahun ke tidak. Untuk apa ambil cuti itu? Supaya punyai peluang kedua untuk buat semula semestar kedua ini. Namun begitu, adakah saya tidak akan jadi seperti sekarang ini setahun dari sekarang? Itu yang saya takutkan sebab saya tahu siapa saya dan saya tahu apa yang mampu saya lakukan. Akaun, Web Design. Sejak dari bangku sekolah menengah lagi saya cukup takut dengan subjek Akaun ni. Malah saya gagal subjek ini untuk SPM. Tapi oleh kerna tidak lagi ingin menyambung dalam bidang yang berkaitan dengan Akaun, saya menolak ianya ketepi jauh dari target hidup. Ingin kata menyesal masuk Asasi pun sudah tak berguna lagi. Peluang sudah diberi tapi bak kata orang putih, Take Things For Granted. Saya ingat perkataan ni sebab Nurul selalu cakap kat saya suatu masa dulu. Asyik kene marah macam ni je. Tiap tiap malam. Ah sudah lah. Orang sudah beri, kita ambil mudah. Ini lah salah satu sikap buruk, ye saya akui, yang ada dalam diri saya. Mungkin saya tidak pernah ada usaha untuk membuangnya. Mungkin akan ada yang akan cakap, pergi je, biarlah dia tak suka kau, kau pergi je. Bagi saya, dari mengejar benda yang dah tak dapat, lebih baik berdiam diri sahaja. Tapi hidup ini kadang kala ada samanya seperti A 90 Minute Football Match. Macam-macam perkara boleh berlaku diantaranya. Tapi kadang-kala juga kita sendiri boleh rasa, samada itu perasaan kita sendiri yang sudah tidak mahu lagi, yang kita ini sudah tidak mampu lagi. Jadi, berhenti dan fokuskan pada yang lain.


Keputusan masih lagi tidak dapat saya hasilkan. Masa sudah kesuntukkan. Usaha makin berkurangan. Objektif sudah tiada dalam tangan. Doa makin ketandusan. Hanya Allah yang boleh membantu. Hanya diri kita yang boleh mengubah diri kita. InsyaAllah. Ini Kali Lah Ubah !


"Dunia ini kejam Dunia ini rumit. Berhenti sejenak tuk berfikir, fikir bila semua ini kan berkahir."

                                                                                                                           -Manusia-



Sekian.